Anda sampai kesini kerana mencari
resepi popia nestum? Anda sememangnya berada di laman yang betul. Untuk pengetahuan anda, popia nestum merupakan makanan yang dikategorikan sebagai sejenis snek atau biskut. Ianya sangat rangup kerana bahan utama untuk menghasilkannya ialah kulit popia, dan ianya sangat sesuai dihidangkan ketika musim perayaan mahupun keadaan santai. Berikut merupakan bahan dan cara membuat popia nestum.
Resepi Popia Nestum : Bahan A
Kulit Popia 1/2 KG
Air Kosong
Resepi Popia Nestum : Bahan B (Dikisar)
Nestum 2 sudu besar
Susu debu 4 sudu besar
Gula 4 sudu besar
Resepi Popia Nestum : Langkah-Langkah
1. Gulung kulit popia dan lekatkan hujung kulit popia dengan air kosong.
2. Potong kulit popia yang telah digulung.
3. Goreng kulit popia dengan menggunakan api perlahan.
4. Selepas itu, gaul kulit popia yang telah digoreng dengan bahan B yang telah dikisar.
5. Popia nestum sedia dihidangkan.
Saya berharap anda berpuas hati dengan langkah dan cara membuat popia resepi di atas. Selamat memcuba.